KAMA PILOT Official Blog
Twitter · Facebook page · Instagram · Tumblr



Tuan Tanah

Assalammualaikum! My name is Kamarlia. Tapi name glamerrss Kama Pilot. Kenapa Pilot? sebab cita2 nk jadi austronout tapi jauh nau nak pi nasa tu rendahkan sikit la, tukar jd pilot. Tp tu pon tak lepas jugak sebab rabun. So, amikla electrical. HAHA. xde kene mengena. Tapi cita2 tu tetap tersemat di sanubari. Cewaah. Peminat tegar SHINee. Yes! I am MVP n SHAWOL. The youngest daughter of KAMAR's Family (all of my family members start from KAMAR include my mom n dad). Electrical Engineer to be. InsyaALLAH. Welcome to my blog. Where I share my experiences on my personal life and all sorts of stuff. Hope to see you around! :)


Credit to
The creator of this blogskin



Recent Posts
· SHINee Line Chat UPDATE ^^
· Me.Them.Love
· Study Last Minit ??
· untitled ;D
· what we call sahabat
· masaalah? hadapinya ^^
· dont ever give up!
· to the beautiful you
· Saengilchukahamnida~
· senyum smile ^^


kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu
Rabu, 6 Mac 2013 | Posted by Lionel | 0 comment/s



Kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu


12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjata yang menaiki bot pancung mendarat di persisiran pantai Lahad Datu

14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pasti kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan "Raja Sulu" dari selatan Filipina

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan

16 Feb - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpula terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat "Kesultanan Sulu" dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal

18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa pertumpahan darah

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pegawai bersenjata yang betahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu

1 Mac - Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sin Sabarudin Daud terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan anggota keselamatan di Kampung Tanduo

2 Mac - Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itu menyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh

3 Mac - Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan air itu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampung itu

4 Mac - Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brillantes dan Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mencari resolusi damai

4 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal

4 Mac - Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah

5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di kawasan kampung itu

5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya

5 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan Ops Daulat itu mencapai objektif yang ditetapkan

5 Mac (1.30 tengah hari) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan

5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih ada musuh di kawasan itu

5 Mac - Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu



Semoga semuanya akan kembali aman…Selamat berjuang wahai perwira negara.. Jasamu amat kami hargai… Semoga semuanya akan selamat dan negara aman damai sepanjang hayat…


Kredit : Ohduniaku Lahat Datu Kini Dalam Ancaman | Ohduniaku http://ohduniaku.com/lahad-datu-dalam-ancaman-benarkah#ixzz2MiheYhyk


source: http://news.mylaunchpad.com.my/news/localbm/article/articleid/205923/kronologi-pencerobohan-kumpulan-bersenjata-di-lahad-datu