KAMA PILOT Official Blog
Twitter · Facebook page · Instagram · Tumblr



Tuan Tanah

Assalammualaikum! My name is Kamarlia. Tapi name glamerrss Kama Pilot. Kenapa Pilot? sebab cita2 nk jadi austronout tapi jauh nau nak pi nasa tu rendahkan sikit la, tukar jd pilot. Tp tu pon tak lepas jugak sebab rabun. So, amikla electrical. HAHA. xde kene mengena. Tapi cita2 tu tetap tersemat di sanubari. Cewaah. Peminat tegar SHINee. Yes! I am MVP n SHAWOL. The youngest daughter of KAMAR's Family (all of my family members start from KAMAR include my mom n dad). Electrical Engineer to be. InsyaALLAH. Welcome to my blog. Where I share my experiences on my personal life and all sorts of stuff. Hope to see you around! :)


Credit to
The creator of this blogskin



Recent Posts
· you are never alone ;)
· aku n gajet
· assignment
· new frenz. new life :)
· Engineering??
· renungan bersama~
· miss KK here :)


hikmah ^^,
Sabtu, 6 Oktober 2012 | Posted by Lionel |

Ari ni tetibe rajin la pulak nak update blog. Padahal assignment melambak-lambak errkk salah dah tahap menggunung ni -.-"


Xpe tenangkan fikiran dulu sementara masih rajin menaip. hehehe

Sekarang nak cerita pasal dugaan. Dugaan yang ALLAH timpa kepada hambanya terdapat dalam berbagai-bagai bentuk. Antaranya termasuklah apa benda yang kita idam-idamkan selama ini tak menjadi kenyataan. Tapi percayalah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. ALLAH telah mengaturkan jalan yang terbaik untuk hidup kita ;)



Nak cerita lah kisah aku. Cita-cita aku ingin menjadi seorang cikgu matematik atau seorang juruterbang ataupun seorang engineer kapal terbang sebab aku ni suka sangat tengok kapal terbang and aku gak suke sangat math.

 Nak di jadikan cerita after SPM, aku apply masuk maktab. Nak jadi cikgu math la kononnye kan tapi malangnya tidak berjaya. Masa tu aku kecewa jugak la. Tapi masih belum tahap frust menonggeng lagi la sebab result SPM aku xlah cemerlang sangat. Yelah mase nak SPM mak suruh blaja, aku duk main2 -.-"

Alhamdulillah after 2 aku dapat offer Matrikulasi n Diploma in Statistic. Tapi aku ambil keputusan untuk pilih matrikulasi sebab nak tebus kecewa sebab result SPM aku tidak seperti yang diharapkan. Dekat sinilah aku belajar segala-galanya, tentang persahabatan. Seronok sangat life kat matriks. Alhamdulillah berkat doa mak, ayah, kawan-kawan dan cikgu-cikgu aku berjaya mendapat result yang memuaskan ;)

Lepas matrik aku dapat offer dalam bidang yang aku impi-impikan yaitu, jeng jeng jeng..... Aerospace engineering kat USM. Tapi mak aku tak bagi sebab jauh sangat. Aku pun terpaksa akur sebab restu seorang ibu itu amat penting kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk anak mereka ;) So, aku pun ambil keputusan untuk tunggu result IPTA sebab aku berharap choice 1st sebab aku yakin cam leyh dapat. 1st choice aku mase tu Aeronautical Engineering kat UTM. Tapi last2 result keluar ape yang aku harapkan hanyalah harapan. Aku dapat 2nd choice yaitu Electrical Engineering control and instrumentation kat UTM. Rupa-rupanya barulah aku tau yang intake kami untuk kos aero sume pointer 4 flat. Mula-mula memang kecewa yang amat.


Tapi selepas beberapa sem, ALHAMDULILLAH bersyukur sangat-sangat kehadrat illahi sebab aku dapat pointer yang baik which is kalau dapat aero pon belum tentu aku leyh dapat pointer yang sama dengan kos ni n ditambah pulak dengan penyakit aku yang alergik dengan lelaki tu dah la kos aero tu mejoriti lelaki -.-"
So, conclusion die ; segala-galanya yang terjadi di dalam hidup kita ni ada hikmahnya ;)

thanks for reading (^^,)v








sekian ,