KAMA PILOT Official Blog
Twitter · Facebook page · Instagram · Tumblr



Tuan Tanah

Assalammualaikum! My name is Kamarlia. Tapi name glamerrss Kama Pilot. Kenapa Pilot? sebab cita2 nk jadi austronout tapi jauh nau nak pi nasa tu rendahkan sikit la, tukar jd pilot. Tp tu pon tak lepas jugak sebab rabun. So, amikla electrical. HAHA. xde kene mengena. Tapi cita2 tu tetap tersemat di sanubari. Cewaah. Peminat tegar SHINee. Yes! I am MVP n SHAWOL. The youngest daughter of KAMAR's Family (all of my family members start from KAMAR include my mom n dad). Electrical Engineer to be. InsyaALLAH. Welcome to my blog. Where I share my experiences on my personal life and all sorts of stuff. Hope to see you around! :)


Credit to
The creator of this blogskin



Recent Posts
· Kisah Pak Cik Z dan Miss K
· 2020..New Status... Jeng jeng jeng
· 20 facts abaout me
· Congratulation SHINee! :')
· everybody jjang
· Dont judge a book by its cover
· Cara mudah nak buat header blog
· aku dan anime ~~
· Shining Shinee ~~
· not alone~~


Kisah Pak Cik Z dan Miss K
Jumaat, 1 Mei 2020 | Posted by Lionel | 0 comment/s


Post kali ni nak cerita pasal Pak Cik Z dan perkenalannya dengan Miss K..


Disclaimer : Kisah ini tidak di petik daripada sebarang novel atau buku fiksyen yang lain.
Original daripada hati dan sanubari si penulis. 

gitewww 😆




Kisah Pak Cik Z :


Pak Cik Z ni umur dia dalam lewat 20-an, muka dia ada iras iras Fikry Ibrahim sikit

Nak tau macam mana muka Fikry Ibrahim?

Jap....


 (*haaaa encem kan? 😆)



Pak Cik Z ni dia suka tengok ceramah agama. 

Satu hari ni, dia tengok ceramah agama macam biasa tiba tiba keluar satu topik ni 
iaitu mengenai jodoh.... 


Salah satu point yang ustaz tu ckp dalam ceramah tu adalah ; 

"Jodoh tu memang dah ditentukan tapi kadang kadang ni kita kena 
usaha cari sama konsep dengan rezeki"




Lepas dengar ceramah tu... 

Terdetik hati Pak Cik Z untuk usaha mencari jodoh



Pak Cik Z ni dia ada seorang kawan baik nama dia L. L ni baru lepas bertunang dengan S. 

L dengan Pak Cik Z ni rapat gilee, diorang duduk satu rumah (housemate), 
tahap rapat dia tu mcm bff laa;study sama sama, makan sama sama, bercuti pun sama sama.


Cam gini haa rapat diaaa....



Okay Tipu jee.... Aku agak jee lah rapat dia macam ni 😂



Lepas dengar ceramah tu, 
Pak Cik Z pun wassap L (walaupun duduk satu rumah) hahaha. 

Segan beb nak tanya benda benda macam ni.


Pak Cik Z tanya L, S ada kawan perempuan yang single tak, 
dia nak berkenalan nak jadikan calon isteri

Kebetulan S ada kawan baik perempuan yang baru putus cinta 
dan tak nampak hala tuju perhubungan tu bernama Miss K.

Lepas berbincang dengan Miss K, S pun bagi sekeping gambar Miss K 
dengan nombor telefon dekat L untuk pass dekat Pak Cik Z 

Dalam masa yang sama, Miss K pun dapat gambar Pak Cik Z jugak (tapi tak dapat no tel)


Tapi al-kisahnya lepas dapat no telefon dan gambar tu Pak Cik Z tak contact pun Miss K ni 😂 



Info yang aku terima sebab waktu tu Pak Cik Z ni belum keje tetap lagi, 
sebab kalau boleh dia nak berkenalan dan terus ke pelaminan gitewwww
 Jadi tersimpan lah no telefon Miss K tu dalam telefon Pak Cik Z



Okay kita sampai situ je Kisah background daripada Pak Cik Z.

Kita sambung lepas ni.... Kisah Miss K pulak



Kisah Miss K:


Miss K ni dia ada seorang kawan bernama M. 

M ni kiranya kawan rapat tapi ala ala teman tapi mesra lagu mulan jameela tu. 




M ni selalu cerita masalah dia dekat Miss K. 
Peribadi M ni buat Miss K tertarik dan luah perasaan dekat M. 

M ni  jenis budak baik baik yang tak nak couple, nak jaga ikhtilat, 
kiranya nanti nak terus halalkan je laa. 

Terjadi lah love hate relationship yang berlaku bertahun lamanya sejak di zaman persekolahan.

Lepas habis belajar dan masuk alam pekerjaan, 
kebetulan Miss K dan M ni dapat kerja tempat yang dekat dekat, 
lupa nak bagi tau diorang ni memang tinggal satu negeri yang sama cuma daerah yang berbeza


Ada satu hari M bercadang untuk datang meminang Miss K. 
Malangnya setiap kali nak datang meminang atau bercakap mengenai perkahwinan, 
ada jee benda yang jadi kepada M menyebabkan mereka menganggap mereka tiada jodoh




Di sebabkan patah hati Miss M pun membawa diri dan mempersiapkan diri 
untuk hidup seorang diri *acah acah nak settle down laa 😆

Dalam masa yang sama Miss K pun berdoa untuk dipertemukan dengan 
seorang pemuda yang baik. 


Doa Miss K : 

nak pemuda berumur 28-32 tahun, 
duduk 1 negeri dengan Miss K, 
menerima dan menyayangi keluarga Miss K, 
bekerja sama industri dan mempunyai profession yang sama dengan Miss K, 
sederhana daripada setiap sudut (tak handsome sangat, tak kaya sangat, takde lah warak sangat), 
boleh menjadi sahabat dunia akhirat, bertanggungjawab, orang kampung jugak.
*hahaahaa. tak tipu memang doa macam ni. ada lagi yang Miss K describe tapi lupa pulak 😂



Selepas tu Miss K pun dalam masa yang sama usaha jugak mencari jodoh, dengan cara berdoa dan meluaskan pergaulan. 

Kebanyakannya semuanya ada je halangan. 
Ada je benda yang tak kena. 


Sampailah satu hari .............


Okay yang ni aku sambung kat entry lepas ni 😜

Cari idea dulu nak tulis macammanaa....


Nak tengok tak gambar Miss K dan Pak Cik Z? 

Tara~~




Haaa. macam Fikri tak Pak Cik Z? 😆

Doakan Hubungan Pak Cik Z dan Miss K berkekalan hingga ke syurga tau.. 

Dan semoga Allah permudahkan urusan kami untuk mendirikan rumah tangga selepas ni...





Ok Bye!

Stay tuned...

XOXO